Tuesday, 26 May 2015

PESTA WARISAN KEDAH 2015

Assalamualaikum semua..

Sudah tiba masa untuk Pesta Kedah 2015! Seperti tahun lepas Persatuan Wanita Kedah akan mengadakan Pesta Kedah. Disebabkan tahun lepas sambutan Pesta Kedah di Tasik Titiwangsa yang sangat memberangsangkan tahun ini telah di putuskan untuk mengadakan lagi Pesta Kedah.


Pada tahun ini Pesta Kedah 2015 membawa sedikit kelainan iaitu ia diberi nama Pesta Warisan Kedah 2015 dan juga Pesta Kedah 2015 telah dijemput untuk mengadakan Pesta Kedah disamping The Royal Floria Festival. Pesta Warisan Kedah 2015 sangat berbesar hati dapat mengadakan Pesta disamping festival yang berprestij ini. Kami juga sangat berbangga merupakan negeri yang pertama dapat mengadakan Pesta di the Royal Floria Festival.




Tarikan Pesta Warisan Kedah 2015 pada tahun ini adalah dengan membawa pelbagai makanan daripada Negeri Kedah. Makanan seperti Mee Abu, Nasi Lemak Royale Kedah dan Laksa Utara menjadi antara menu tarikan Pesta kelak. Terdapa pelbagai makanan dan kuih muih yang akan mengusik perut anda!

Terdapat juga pertandingan-pertandingan bagi memeriahkan lagi suasana dan keakraban semua yang hadir. Kerana kami mahu bukan sahaja orang Kedah yang hadir tetapi semua turut sama bergembira dan merasa sendiri suasana kecil Kedah ini.

Persembahan-persembahan tradisi seperti Mek Mulung, Wayang Kulit Asun dan juga Ghazal Parti turut akan dipersembahkan kepada anda. Mungkin dengan cara ini sedikit sebanyak anda akan berminat untuk melawat Negeri sawah padi ini.

Marilah beramai-ramai ke Pesta Warisan Kedah yang bertempat di
-- Putrajaya Persint 4 
-- 30hb Mei 2015 - 7hb Jun 2015


























Tuesday, 12 May 2015

REFLEXOLOGI

Assalamualaikum...

Kecantikkan dan wanita bagaikan isi dengan kuku, tidak boleh di pisahkan. Tidak kira tua atau muda, kecantikkan amat penting bagi wanita. Ada yang sanggup berhabis ratusan ringgit malah ada yang menghabiskan masa berjam-jam berzumba atau di jim. Setiap wanita ingin cantik dan ini tidak salah sama sekali. Tetapi kecantikkan itu datang dengan sendirinya melalui cara hidup yang sihat yang bermula dari dalam. 

PWKKLS telah mengadakan suatu ceramah dan praktikal kesihatan dan kecantikkan melalui reflexologi, yang diadakan di Kelab PPTD. Reflexologi merupakan cara ubatan yang tidak memerlukan apa-apa ubatan. Hanya perlu tangan dan mungkin minyak urut atau losyen. 

Peserta diajar bagaimana kaki yang merupakan tapak berkumpul semua saraf penting di dalam badan kita seperti jantung, tulang belakang dan pinggang. Peserta diberikan cara praktikal bagaimana saraf di kaki dapat membantu badan  kita pulih dari penyakit dengan tidak menggunakan bahan ubatan.

Dapat dilihat gelagat peserta yang bersungguh-sungguh mencuba dan mempelajari cara urutan yang betul. 

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang apa-apa acara sila hubungi kami di wanitakedah@gmail.com .Acara, ceramah atau majlis yang dianjurkan oleh PWKKLS TIDAK TERTAKLUK KEPADA AHLI-AHLI DAN ORANG KEDAH SAHAJA YA!! TERBUKA PADA SEMUA!

















Monday, 11 May 2015

SEPETANG DI KUALA LUMPUR

Assalamualaikum...

Bagaimana semua hari ini? Harapan PWKKLS semuanya sihat belaka. Kalau yang tak sihat, PWKKLS mendoakan agar di sihatkan dan dijauhkan dari segala penyakit kecil dan besar.. Amin.

Wanita ni bekerjaya, atau tidak sama sahaja; kerja 24 jam sehari, 7 kali seminggu. Saya pasti dalam tidur pun masih bekerja. Seorang wanita menggalas tanggungjawab yang sama beratnya dengan lelaki In Shaa Allah. Sebagai seorang pekerja, ibu, anak, dan sebagainya. 

Hari Wanita, satu hari dalam setahun dalam menghargai semua penat lelah dan pengorbanan seorang yang bernama wanita. 

Bukan itu sahaja, pada tahun ini PWKKLS sangat bertuah kerana dapat sama-sama bergading bahu, dengan KOPERASI IBU TUNGGAL WILAYAH PERSEKUTUAN sama-sama mengadakan LADIES ONLY ... Hi-Tea di Hotel Regency Kuala Lumpur. 

PWKKLS sangat bertuah dapat bergabung tenaga dengan pihak KOPERASI. Kerja yang berat menjadi ringan, kerja menjadi suka. Tidak dapat digambarkan gandingan dua pihak wanita yang bakal menghasilkan suatu majlis yang indah.

Tema yang di bawa adalah 'SEPETANG DI KUALA LUMPUR' dan tema "ala- SALOMA".

Tidak dapat digambarkan suasana Hi-Tea di Hotel Regency ini, 'meriah' tidak cukup menggambarkan wajah-wajah kegembiraan para hadirin. Tema ala-Sloma memenuhi setiap ruang dewan. Wanita berpakaian skirt kembang, rambuk tinggi, kaca mata hitam besar di setiap sudut. Tawa riang, dan omongan kegembiraan berjumpa rakan walaupun hanya untuk 4 jam buat satu hari terpamer gah di setiap wajah tamu yang hadir. 

Majlis ini juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran Cik Siti Rock. Tidak kering gusi kami dibuatnya. pelbagai jenaka dan usikan membuat tamu lebih relaks dan semyuman yang tidak lekang dibibir setiap yang hadir.

Pertandingan nyanyian Saloma dan hadiah Lucky Draw menaikkan lagi kekecohan majlis. Tiada seminit yang lengang dari nyanyian, ataupun goyangan pinggul hadirin yang datang. Sukar bagi saya menyatakan dalam kata-kata majlis tersebut kecuali anda berada di situ sendiri! 

In shaa Allah tahun hadapan PWKKLS berniat untuk membuat lagi majlis Hi-Tea LADIES ONLY ni. Dijemput semua hadir ya..

Dan juga kami ingin mengucapkan banyak-banyk terima kasih ke atas kesudian KOPERASI bergabung tenaga dengan kami dalam sama-sama menjayakan majlis ini. Bagaikan mendapat adik beradik baru. Dan juga seperti adik beradik, ada ketidak sefahaman atau jika ada yang terlanjur kata, kami memohon maaf. Janganlah berat hati untuk bergabung dengan kami lagi ya. ..

Tidak lupa juga pada pihak Hotel Regency, Adabi, dan Nona Roguy yang sudi menjadi penaja kami. Juga penaja-penaja lain. Hanya ALLAH swt membalas jasa baik tuan-tuan dan puan-puan.

Jika anda berminat untuk menyertai persatuan kami boleh menghubungi kami melalui email di wanitakedah@gmail.com

Atau pada mereka yang berminat menyertai majlis kami... INI TIDAK TERTAKULUK PADA AHLI ATAU ORANG KEDAH SAHAJA YA..... anda boleh juga email kami di wanitakedah@gmail.com






















MEK MULONG di ISTANA BUDAYA



Assalamualaikum....

Mek Mulong, tidak ramai yang tahu asal usul Mek Mulong ini, tetapi tahu kah anda Mek Mulong ini adalah fusion pelbagai budaya dan kemudian terlair di tanah Kedah Lama. Mek Mulong berkisar Putera Chaya Bulan dan Raja Gergasi yang menunjukkan kebolehan bersilat dan seni mempertahan diri tetapi diselit musik lama berbahasa melayu loghat Kedah.

Dari pakaian, cara penyampaian dan gaya juga di teliti dan penuh dedikasi untuk membangkitkan rasa tradisi dan keindahan Kedah Lama. PWKKLS sangat bertuah kerana telah di jemput menghadiri persembahan Mek Mulong yang pertama kalinya diadakan di pentas penuh prestij Istana Negara. Kami sebagai anak Kedah sangat berbangga tradisi Kedah di angkat ke pentas yang hanya benar-benar berkelayakan boleh menjejak.

Apa yang menariknya tentang Mek Mulong ini adalah Ah Pong dan Ah Teng. 2 orang penjaga yang bertanggungjawaba membesarkan Putera Cahaya Bulan, penuh jenaka sahaja dan cara penyampaian yang membuat kita tidak mahu menoleh walau sesaat. Bagai tidak mahu terlepas satu babak sekali pon. Persembahan Mek Mulong yang padat dan penuh pengajaran dapat menambat hati penonton yang berbilang umur.

Murah rezeki jika terdapat lagi persembahan Mek Mulong HARUS melihat persembahan mereka. In shaa Allah anda tidak akan menyesal. Malah mungkin mahu menonton lagi.













TAHUN 2015


Assalamualikum...

Tahun Baru, Harapan Baru.

Pada tahun ini Persatuan Wanita Kedah di Kuala Lumpur dan Selangor membawa harapan dalam merapatkan lagi jurang di antara anak-anak Kedah di Kuala Lumpur dan Selangor dan juga dalam membantu lebih banyak orang yang memerlukan.. In Shaa Allah..

Pada tahun ini PWKKLS telah mengadakan Mesyuarat Agong yang Ke-4. Mesyuarat Hi-Tea yang di adakan di Istana Hotel pada 11hb Januari.

Alhamdullilah bukan sahaja ahli-ahli lama tetapi tetamu yang berminat untuk menyertai PWKKLS sebagai ahli baru.

PWKKLS sangat gembira melihat ahli-ahli sama-sama mengambil serta dalam menyuarakan cadangan, pendapat dan ide-ide yang dapat memperbaiki dan memajukan lagi PWKKLS.

Bukan sahaja itu PWKKLS, percaya dalam masa bekerja kita juga perlu sedikit relaks dengan itu kerja yang berat akana sentiasa menjadi ringan dan sesuatu yang sebagai kerja menjadi suka. Mesyuarat Agong kali ini di serikan lagi dengan lucky draw. Hadiah-hadiah yang tidak seberapa tetapi sebagai tanda kecil penghargaan ahli-ahli yang selama ini bertungkus lumus berkerja menjayakan apa sahaja majlis yang diadakan tanpa rungut.

Pada yang berminat untuk menyertai kami boleh menghubungi kami melalui email wanitakedah@gmail.com atau untuk mendapat apa-apa informasi tentang majlis kami boleh juga menghubungi kami.


































Wednesday, 11 June 2014

SAAT DEBARAN PESTA KEDAH 2014!

Assalamualaikum & Salam Khamis semua... Semoga semuanya baik baik belaka..

     Esok bermulanya Pesta Kedah 2014!! Tak sabaq rasanya nak mulakan Pesta dengan penuh kemeriahan ni. Pesta Kedah 2014 ini diadakan khususnya untuk menyatu padukan  anak-anak Kedah yang bermastautin di Kuala Lumpur dan Selangor. Kadang-kadang bertempat di negeri orang ni ada rasa sunyi ada rasa rindu. Dengan berkumpul sebegini dapat la kita berkenal lebih rapat, membuat rakan baru dan sedikit sebanyak dapat mewujudkan lagi sifat sayang pada Negeri Kedah dan secara tidak langsung Negara Malaysia ini.

     Bukan itu sahaja. Pesta Kedah 2014 yang ingin sejajar dengan sahutan tahun melawat Malaysia 2014 ingin menonjolkan kepelbagaian budaya dan tradisi yang terdapat di Kedah. Yang menariknya tradisi pelbagai gabungan yang diolah secara berzaman dengan cara Kedah tersendiri seperti Wayang Kulit, Mek Mulong dan sebagainya. Budaya amat penting, kerana budaya sikit sebanyak membantu dalam mewujudkan sifat patriotik, sifat moral sesuatu bangsa dalam cintakan bangsa dan negara. Jikalau persembahan budaya ini tidak digalakkan, sayang generasi muda akan ketinggalan dengan budaya yang kaya dengan ajaran, inti pati serta seninya yang tersendiri.

     Persiapaan Pesta Kedah 2014, penat lelah semuanya dilakukan In Shaa Allah dengan ikhlas dengan niat untuk berkongsi kebangaan Kedah kami pada semua. Di samping itu, bergembira dan menjamu segala macam juadah atau barangan yang bakal dijual. Erti kata lain dapat membantu dan terus menyokong perniaga-perniaga kecil yang bakal hadir. Jangan disangka hanya anak kelahiran Kedah dibenarkan berniaga atau hadir. Tetapi semua dijemput hadir. Lebih ramai lebih meriah.. Berkongsi lebih baik dari menyendiri.

    JANGAN LUPA YA! PESTA KEDAH 2014:-
    13/6/14 JAM 2.00PM-11.00PM
    14/6/14-15/6/14 JAM 9.00AM-11.00PM
    TAMAN TASIK TITIWANGSA (berhampiran tasik)

Semalam punya cerita... Datin Wira Azizah selaku Pengerusi Wanita Kedah di Kuala Lumpur & Selangor serta Dato Abdullah Pengerusi beersama induk Pesta Kedah 2014 dijemput ke Nasional FM dalam mempromosikan dan membicarakan tentang objektif persatuan serta pesta ini. Kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Nasional FM kerana menjemput kami. Kami juga amat berbesar hati diatas layanan pihak Nasional FM. Setibanya kami di perkarangan wisma Radio, kami disambut baik oleh dj dan pihak pihak Nasional FM. Mereka begitu ramah,  khususnya DJ Ridhuan yang begitu prihatin membuat kami yang nerves sangat ni selesa dan tenang sepanjang 30minit siaran. Alhamdullilah. Terima kasih sekali lagi pihak Nasional FM. siaran di 95.3.
                                                                            








Pada sebelah malam pula kami bermesyuarat sambil makan-makan dengan anggota-anggota Mek Mulong. Yang diturunkan dari Kedah! Mereka kebetulan baru sahaja selsai acara di Johor. Walaupun penat dan letih terpancar di wajah masing-masing. Mereka sedikit pun tidak kekok, senyuman tidak lekang dibibir mereka.
Persembahan yang penuh warna dan aksi bakal di pentaskan pada 14/6/14 jam 8.30MLM di Taman Tasik Titiwangsa. Sangantlah rugi pada merka yang melepaskan peluang menonton persembahan mereka ini.











Friday, 6 June 2014

PESTA KEDAH 2014

Assalmualaikum semua!!

Seperti yang dijanjikan PESTA KEDAH 2014! Yang bakal diadakan pada 13 jun -15 jun 2014 di Taman Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur! Pelbagai aktiviti akan diadaan seperti Persembahan Wayang Kulit, Mek Mulong. Pertandingan Memasak, pertandingan membalut ketupat palas, pertandingan karaoke. Tidak lupa dengan perlbagai gerai jualan yang menjual pelbagai aneka barangan dan juadah! Jadi, mari lah kita, MAI, PAKAT PAKAT MAI, BAGI GHAMAI!!

PROGRAM & ATURCARA PESTA KEDAH 2014

13hb Jun 2014 , Jumaat
02.30
petang
:
Ketibaan Para Peserta/ Pengunjung
Pendaftaran Penyertaan/ Pertandingan/ Keahlian
Promosi pameran/ Jualan di gerai (makanan / barangan dll) bermula
04.00
petang
:
Pertandingan dan persembahan
11.00
malam
:
Pesta ditangguhkan








14hb Jun 2014 , Sabtu
09.00
pagi
:
Ketibaan para peserta/ pengunjung
Pendaftaran kehadiran/ Pertandingan/ Keahlian
Promosi pameran/ Jualan di gerai (makanan / barangan dll) bermula
09.45
pagi
:
Ketibaan VIP/ VVIP
10.00
pagi
:
Ketibaan YAB Dato’ Seri Hj. Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Menteri Besar Kedah Darul Aman
10.15
pagi
:
Ucapan dari YBhg. Datin Wira Azizah binti Hj. Abu Samah, Pengerusi Pesta Kedah Darul Aman 2014
Ucapan dari YBhg Datuk Seri Hj Ahmad Phesal bin Hj Talib, Datuk Bandar Kuala Lumpur
Upacara Perasmian
Lawatan YAB Dato’ Seri Hj Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir ke gerai/ tapak aktiviti pesta
Pertandingan dan persembahan
04.00
petang
:
Majlis penyampaian hadiah oleh YAB Dato’ Seri Hj Mukhriz
05.00
petang
:
YAB Dato’ Seri Hj Mukhriz meninggalkan pesta
11.00
malam
:
Pesta ditangguhkan








15hb Jun 2014 , Ahad
09.00
pagi
:
Ketibaan para peserta/ pengunjung
Pendaftaran kehadiran/ Pertandingan/ Keahlian
Sukaneka
Promosi pameran/ Jualan di gerai (makanan / barangan dll) bermula
06.00
petang
:
Majlis penyampaian hadiah-hadiah pertandingan
07.00
petang
:
Pesta tamat







p/s: Jika terdapat apa-apa soalan atau inginkan sebarang informasi. Jangan malu jangan segan untuk menghubungi kami pada nombor telefon yang tertera di flyer di bawah. JANGAN LUPA!!!