Assalmualaikum...
Maaf kerana sudah lama tidak update blog. Kami ingin maklumkan disini kami akan mengadakan PESTA KEDAH 2014 tidak lama lagi. Sekarang sedikit sibuk dalam menguruskan persiapan Pesta tersebut. Informasi lebih lanjut tentang Pesta akan diupdatekan di dalam blog yang akan datang.
Bulan Mei Yang Penuh Penghargaan Kasih & Sayang. Pada bulan ini terdapa tiga sambutan yang begitu bermakna.
Hari GURU - Pekerjaan yang memerlukan pengorbanan, dedikasi, dan kecekalan yang tidak dapat ditandingi. Seorang guru yang perlu menjadi seorang ayah atau ibu untuk pelajar mereka, dalam memikul tanggungjawab dan harapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak menjadi seorang inssan yang berjaya dunia dan akhirat. Terima kasih Cikgu!
 |
SELAMAT HARI GURU
|
Hari JURURAWAT SEDUNIA - Pekerjaan mulia ini yang bukan sahaja memerlukan kesabaran dan kecekalan yang tinggi tetapi sifat kasih sayang, kuat emosi dan mental. Bukan mudah menjadi seorang jururawat. Menjadi penyokong pesakit dan pendengar masalah. Lebih dari hanya memberi ubat. Terima kasih Jururawat.
 |
SELAMAT HARI JURURAWAT SEDUNIA |
Satu lagi hari yang penuh bermakna bagi kaum Hawa.. Selamat Hari IBU!
***Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[1]
***Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.
Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?”
Jahimah menjawab: “Ya.”
Lalu Rasulullah bersabda:
“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”[2]
***Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]
Berikut adalah antara Hadith dan keratan Ayat yang menekankan betapa agungnya seorang ibu. Terima kasih ibu..
 |
SELAMAT HARI IBU |