Wednesday, 11 June 2014

SAAT DEBARAN PESTA KEDAH 2014!

Assalamualaikum & Salam Khamis semua... Semoga semuanya baik baik belaka..

     Esok bermulanya Pesta Kedah 2014!! Tak sabaq rasanya nak mulakan Pesta dengan penuh kemeriahan ni. Pesta Kedah 2014 ini diadakan khususnya untuk menyatu padukan  anak-anak Kedah yang bermastautin di Kuala Lumpur dan Selangor. Kadang-kadang bertempat di negeri orang ni ada rasa sunyi ada rasa rindu. Dengan berkumpul sebegini dapat la kita berkenal lebih rapat, membuat rakan baru dan sedikit sebanyak dapat mewujudkan lagi sifat sayang pada Negeri Kedah dan secara tidak langsung Negara Malaysia ini.

     Bukan itu sahaja. Pesta Kedah 2014 yang ingin sejajar dengan sahutan tahun melawat Malaysia 2014 ingin menonjolkan kepelbagaian budaya dan tradisi yang terdapat di Kedah. Yang menariknya tradisi pelbagai gabungan yang diolah secara berzaman dengan cara Kedah tersendiri seperti Wayang Kulit, Mek Mulong dan sebagainya. Budaya amat penting, kerana budaya sikit sebanyak membantu dalam mewujudkan sifat patriotik, sifat moral sesuatu bangsa dalam cintakan bangsa dan negara. Jikalau persembahan budaya ini tidak digalakkan, sayang generasi muda akan ketinggalan dengan budaya yang kaya dengan ajaran, inti pati serta seninya yang tersendiri.

     Persiapaan Pesta Kedah 2014, penat lelah semuanya dilakukan In Shaa Allah dengan ikhlas dengan niat untuk berkongsi kebangaan Kedah kami pada semua. Di samping itu, bergembira dan menjamu segala macam juadah atau barangan yang bakal dijual. Erti kata lain dapat membantu dan terus menyokong perniaga-perniaga kecil yang bakal hadir. Jangan disangka hanya anak kelahiran Kedah dibenarkan berniaga atau hadir. Tetapi semua dijemput hadir. Lebih ramai lebih meriah.. Berkongsi lebih baik dari menyendiri.

    JANGAN LUPA YA! PESTA KEDAH 2014:-
    13/6/14 JAM 2.00PM-11.00PM
    14/6/14-15/6/14 JAM 9.00AM-11.00PM
    TAMAN TASIK TITIWANGSA (berhampiran tasik)

Semalam punya cerita... Datin Wira Azizah selaku Pengerusi Wanita Kedah di Kuala Lumpur & Selangor serta Dato Abdullah Pengerusi beersama induk Pesta Kedah 2014 dijemput ke Nasional FM dalam mempromosikan dan membicarakan tentang objektif persatuan serta pesta ini. Kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Nasional FM kerana menjemput kami. Kami juga amat berbesar hati diatas layanan pihak Nasional FM. Setibanya kami di perkarangan wisma Radio, kami disambut baik oleh dj dan pihak pihak Nasional FM. Mereka begitu ramah,  khususnya DJ Ridhuan yang begitu prihatin membuat kami yang nerves sangat ni selesa dan tenang sepanjang 30minit siaran. Alhamdullilah. Terima kasih sekali lagi pihak Nasional FM. siaran di 95.3.
                                                                            








Pada sebelah malam pula kami bermesyuarat sambil makan-makan dengan anggota-anggota Mek Mulong. Yang diturunkan dari Kedah! Mereka kebetulan baru sahaja selsai acara di Johor. Walaupun penat dan letih terpancar di wajah masing-masing. Mereka sedikit pun tidak kekok, senyuman tidak lekang dibibir mereka.
Persembahan yang penuh warna dan aksi bakal di pentaskan pada 14/6/14 jam 8.30MLM di Taman Tasik Titiwangsa. Sangantlah rugi pada merka yang melepaskan peluang menonton persembahan mereka ini.











Friday, 6 June 2014

PESTA KEDAH 2014

Assalmualaikum semua!!

Seperti yang dijanjikan PESTA KEDAH 2014! Yang bakal diadakan pada 13 jun -15 jun 2014 di Taman Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur! Pelbagai aktiviti akan diadaan seperti Persembahan Wayang Kulit, Mek Mulong. Pertandingan Memasak, pertandingan membalut ketupat palas, pertandingan karaoke. Tidak lupa dengan perlbagai gerai jualan yang menjual pelbagai aneka barangan dan juadah! Jadi, mari lah kita, MAI, PAKAT PAKAT MAI, BAGI GHAMAI!!

PROGRAM & ATURCARA PESTA KEDAH 2014

13hb Jun 2014 , Jumaat
02.30
petang
:
Ketibaan Para Peserta/ Pengunjung
Pendaftaran Penyertaan/ Pertandingan/ Keahlian
Promosi pameran/ Jualan di gerai (makanan / barangan dll) bermula
04.00
petang
:
Pertandingan dan persembahan
11.00
malam
:
Pesta ditangguhkan








14hb Jun 2014 , Sabtu
09.00
pagi
:
Ketibaan para peserta/ pengunjung
Pendaftaran kehadiran/ Pertandingan/ Keahlian
Promosi pameran/ Jualan di gerai (makanan / barangan dll) bermula
09.45
pagi
:
Ketibaan VIP/ VVIP
10.00
pagi
:
Ketibaan YAB Dato’ Seri Hj. Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Menteri Besar Kedah Darul Aman
10.15
pagi
:
Ucapan dari YBhg. Datin Wira Azizah binti Hj. Abu Samah, Pengerusi Pesta Kedah Darul Aman 2014
Ucapan dari YBhg Datuk Seri Hj Ahmad Phesal bin Hj Talib, Datuk Bandar Kuala Lumpur
Upacara Perasmian
Lawatan YAB Dato’ Seri Hj Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir ke gerai/ tapak aktiviti pesta
Pertandingan dan persembahan
04.00
petang
:
Majlis penyampaian hadiah oleh YAB Dato’ Seri Hj Mukhriz
05.00
petang
:
YAB Dato’ Seri Hj Mukhriz meninggalkan pesta
11.00
malam
:
Pesta ditangguhkan








15hb Jun 2014 , Ahad
09.00
pagi
:
Ketibaan para peserta/ pengunjung
Pendaftaran kehadiran/ Pertandingan/ Keahlian
Sukaneka
Promosi pameran/ Jualan di gerai (makanan / barangan dll) bermula
06.00
petang
:
Majlis penyampaian hadiah-hadiah pertandingan
07.00
petang
:
Pesta tamat







p/s: Jika terdapat apa-apa soalan atau inginkan sebarang informasi. Jangan malu jangan segan untuk menghubungi kami pada nombor telefon yang tertera di flyer di bawah. JANGAN LUPA!!!