Friday, 7 February 2014

SELAMAT MENYAMBUT 2014!

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu kami ingin meminta maaf atas kelewatan update blog kami kerana beberapa masalah teknikal dan juga kesibukan menguruskan beberapa acara khusus anjuran Persatuan Wanita Kedah di Kuala Lumpur dan Selangor bersama-sama dengan beberapa pihak lain yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Tahun Baru semangat Baru! Dengan izin Allah s.w.t., kami masih lagi berdiri utuh, menjejak kaki ke tahun 2014. In Shaa Allah dalam merealisasikan objetif persatuan ini dalam mengeratkan lagi silaturahim antara anak-anak Kedah atau yang bersangkutan dengan Negeri Kedah dan juga melebarkan lagi bantuan-bantuan amal kami, In Shaa Allah.

Tidak sabar rasanya kami untuk memaklumkan pelbagai aktiviti dan program yang kami rencanakan. Opps... belom lagi.. kena tunggu dulu. Sabaq naa...habaq awai tak syok.. Tapi yang pasti kami sedang berrusaha untuk menjayakan program-program yang direncanakan.

Kami dari Persatuan Wanita Kedah di Kuala Lumpur dan Selangor ingin mengucapkan ucapan 3 dalam 1.

 
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2014
 
 
 

SALAM MAULIDUR RASUL

 
 
 
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU
 
 

AKTIVITI TAHUNAN 2013: CERAMAH AWAL MUHARRAM BERSAMA USTAZ KAZIM ELIAS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sempena merai Maal Hijrah 1435, PWKDKLS serta Masjid Umar Al-Khattab, Bukit Damansara berganding bahu menganjurkan ceramah Awal Muharram bersama penceramah disegani, YBHG Ustaz Kazim Elias pada 10 November lalu. Sebelum acara bermula, perkarangan masjid kelihatan meriah dengan beberapa gerai yang menawarkan peluang pengurusan wakaf & amal dalam bentuk Al-Quran dan tanah mendapat sambutan menggalakkan daripada hadirin. Selain itu Pusat Pendidikan Al Barakah, iaitu pusat pengajian pondok moden yang diasaskan oleh Ustaz Kazim Elias sendiri juga membuka gerai jualan produk mereka dalam menjana kutipan buat operasi pusat tersebut. 

Seramai lebih 300 hadirin hadir bagi memperingati hari bersejarah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Ceramah dimulai dengan nada serius oleh Ustaz Kazim Elias, menekankan erti hijrah yang sebenar-benarnya iaitu meninggalkan 7 dosa besar yang sering diabaikan oleh manusia. Antaranya seperti derhaka pada ibu dan bapa, Riba dalam perbankan juga Zina hati iaitu hasad dengki yang mudah menular dalam hati umat islam. Ujar Ustaz Kazim, “Rasullah bersabda, hanya antara satu sahaja yang bisa ada dalam hati kita, sama ada dengki atau iman. Jika ada iman, tiada dengki. Jika ada dengki, tiada iman.”  

Acara kemudian disambung dengan Upacara Sunat Tahnik atau belah mulut buat cucunda Pengerusi PWKDKLS, Zahara Aisyah oleh Ustaz Kazim, dengan menyuap manisan kurma. Hadirin kemudian dijemput menjamu selera minum petang yang disediakan oleh pihak masjid. Pihak PWKDKLS berharap dapat menganjurkan lebih kerap lagi ceramah agama sebegini pada masa akan datang. In Shaa ALLAH..



ANTARA PARA HADIRIN YANG HADIR






SAMBIL MENIMBA ILMU TERDAPAT PELUANG MENDERMA, WAKAF DAN JUGA JUAL BELI BARANGAN MUSLIMAH




PEMBERIAN BUBUR A'SYURASEBAGAI TANDA TERIMA KASIH ATAS KEHADIRAN  PARA HADIRIN

TIDAK LUPA PADA ANAK-ANAK KECIL CUPCAKE.




CERAMAH USTAZ KAZIM YANG PENUH DENGAN TAWA JENAKA SERTA BERMANFAAT.



BERGAMBAR BERSAMA-SAMA AHLI JAWATANKUASA P.W.K.K.L.S.


DI KESEMPATAN KEHADIRAN USTAZ KAZIM MAJLIS TAHNIK KECIL DIADAKAN.



SAGUHATI PENGHARGAAN UNTUK USTAZ KAZIM DARI PENGERUSI P.W.K.K.L.S.
 

 
 
BEBERAPA HADIRIN BERAMAH MESRA BERSAMA USTAZ KAZIM
 
 

BERGAMBAR BERSAMA-SAMA AHLI JAWATANKUASA MASJID SAIDINA UMAR-AL KHATTAB.