Terlebih dahulu kami ingin meminta maaf atas kelewatan update blog kami kerana beberapa masalah teknikal dan juga kesibukan menguruskan beberapa acara khusus anjuran Persatuan Wanita Kedah di Kuala Lumpur dan Selangor bersama-sama dengan beberapa pihak lain yang akan diumumkan tidak lama lagi.
Tahun Baru semangat Baru! Dengan izin Allah s.w.t., kami masih lagi berdiri utuh, menjejak kaki ke tahun 2014. In Shaa Allah dalam merealisasikan objetif persatuan ini dalam mengeratkan lagi silaturahim antara anak-anak Kedah atau yang bersangkutan dengan Negeri Kedah dan juga melebarkan lagi bantuan-bantuan amal kami, In Shaa Allah.
Tidak sabar rasanya kami untuk memaklumkan pelbagai aktiviti dan program yang kami rencanakan. Opps... belom lagi.. kena tunggu dulu. Sabaq naa...habaq awai tak syok.. Tapi yang pasti kami sedang berrusaha untuk menjayakan program-program yang direncanakan.
Kami dari Persatuan Wanita Kedah di Kuala Lumpur dan Selangor ingin mengucapkan ucapan 3 dalam 1.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2014
SALAM MAULIDUR RASUL
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU
No comments:
Post a Comment