Friday, 18 October 2013

PENGUMUMAN : MAJLIS HI-TEA "SEPETANG DI CHOW KIT ROAD"


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dengan suka citanya PWKDKLS ingin mengumumkan bahawa Majlis Hi-Tea  yang bertemakan "SEPETANG DI CHOW KIT ROAD" di The Regency Hotel. Majlis Hi-Tea ini terbuka kepada ahli-ahli jawatankuasa, ahli-ahli PWKDKLS, dan juga orang awam. Pelbagai acara akan diadakan seperti cabutan bertuah dan hadiah untuk seseorang individu yang 'sporting' pada hari tersebut. Ladies Only Hi-Tea ini dapat memberi peluang untuk kita sama-sama beristirehat dan bergembira bersama teman-teman atau sebuah platform untuk sama-sama membina hubungan persahabatan yang baru. Tidak lupa juga acara dimana dance floor disediakan untuk ladies berdansa, berpoco-poco atau sekadar menggerakkan otot-otot bagi menghilangkan rasa penat lelah kerja. Tidak lupa juga dalam kita bersuka ria, duit yang digunakan untuk membeli meja, atau kerusi untuk Hi-Tea bukanlah untuk keuntungan tetapi ia akan digunakan PWKDKLS untuk melakukan lebih banyak aktiviti-aktiviti amal di masa akan datang, InsyAllah (sila rujuk label Aktiviti untuk maklumat aktivit amal yang telah dijalankan).

TEMPAT:  GRAND BALLROOM -TINGKAT 8
                   THE REGENCY HOTEL JALAN RAJA ALANG KUALA LUMPUR
TARIKH:   AHAD 27 OKTOBER 2013
ATURCARA MAJLIS:  2.00PTG : KETIBAAN JEMPUTAN
                                        2.30PTG : UCAPAN PENGERUSI
                                                          MINUM PETANG
                                                          ACARA HIBURAN
                                                          CABUTAN BERTUAH
                                                          LADIES ON THE FLOOR
                                                          THE MOST FREE AND EASY QUEEN
                                        6.00PTG :  MAJLIS BERSURAI
PAKAIAN  : FREE AND EASY
BERMINAT/ PERTANYAAN SILA HUBUNGI : PUAN PENGERUSI 0123011919
                                                                                   PUAN SETIAUSAHA 0162568688

KAD JEMPUTAN :
















JAMUAN BERBUKA PUASA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 20 Julai 2013. Setelah selesai seharian menyiapkan dewan dan sumbangan untuk keesokan harinya, Yang Berbahagia Datin Adawiyah dengan besar hatinya telah menjamu ahli-ahli jawatankuasa dan ahli-ahli PWKDKLS berbuka puasa di Restoran Cinta Sayang di Sungai Petani. PWKDKLS sangat berbesar hati terhadap kesudian Yang Berbahagia Datin Adawiyah, dPWKDKLS mengucapkan "Terima Kasih daun keladi, lain hari jamu la lagi.."





YANG BERBAHAGIA DATIN ADAWIYAH

Thursday, 17 October 2013

AKTIVITI TAHUNAN 2013 : SOLAT TASBIH 2013

 

Bertempat di Ibu pejabat PWKDKLS, Bukit Damansara pada Ramadhan lepas, aktiviti tahunan Solat Tasbih telah dianjurkan. Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT, ia dikenali sebagai Solat Tasbih kerana bacaan tasbih sebanyak 300 kali dalam empat rakaat solatnya.

Majlis dikelolakan sempurna oleh penceramah terhormat, Dato Dr. Fatma El-Zahraa. Hampir 70 jemputan hadir yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa, ahli-ahli PWKDKLS dan orang awam. Selesai Solat Tasbih, sesi tazkirah menyusul disamping hadirin beramah mesra bersama penceramah undangan. 
 
Rasulullah SAW bersabda: “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali.”  ( HR. Abu Daud dan Ibnu Majah )
 
 
DATO DR. FATMA EL-ZAHARAA MENYAMPAIKAN TAZKIRAH
 
 
 




 

AKTIVITI TAHUNAN 2013 : SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI DI SUNGAI PETANI, KEDAH.

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sempena bulan Ramadhan 1434H, PWKDKLS berbesar hati telah menghulurkan bantuan Hari Raya Aidilfitri kepada penduduk Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Bantuan dihulurkan kepada 125 penduduk miskin tegar, ibu-ibu tunggal juga kanak-kanak kurang upaya, bagi meringankan sedikit sebanyak beban mereka. 

Sumbangan berupa wang tunai daripada para dermawan, Ahli Jawatankuasa juga ahli-ahli PWKDKLS. Sejumlah hamper tajaan Yang Berbahagia Dato’ Syed Mansor dari ADABI serta beras sumbangan Zaiton Industries turut diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Turut hadir menyerikan majlis  sumbangan hari raya ini, isteri Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah iaitu Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Norzieta Zakaria, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Daerah Sungai Petani Yang Berusaha Dato’ Ismail dan Yang Berbahagia Datin Adawiyah.
 
 
 
 
KETIBAAN Y.A.B DATIN PADUKA NORZIETA ZAKARIA
 
 
 
BERGAMBAR BERSAMA SEGELINTIR AHLI-AHLI PWKDKLS
 
SUMBANGAN ADABI
 
 
 
 




ANTARA PENERIMA SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI

DERMAWAN YANG TURUT SAMA HADIR

 
ANTARA KANAK-KANAK KURANG UPAYA YANG MENERIMA SUMBANGAN
 
 
 
 
 












ANTARA AHLI-AHLI YANG MENJALANKAN TUGAS
SAGUHATI DARI MAJLIS PERBANDARAN DAERAH SUNGAI PETANI UNTUK Y.A.B. DATIN PADUKA
 
 
SAGUHATI DARI PWKDKLS UNTUK Y.A.B. DATIN PADUKA

SAGUHATI DARI PWKDKLS UNTUK Y.BERUSAHA DATO' ISMAIL
 


BERAS SUMBANGAN ZAITON INDUSTRIES