Bertempat di Ibu pejabat PWKDKLS, Bukit Damansara pada Ramadhan lepas, aktiviti tahunan Solat Tasbih telah dianjurkan. Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT, ia dikenali sebagai Solat Tasbih kerana bacaan tasbih sebanyak 300 kali dalam empat rakaat solatnya.
Majlis dikelolakan sempurna oleh penceramah terhormat, Dato Dr. Fatma El-Zahraa. Hampir 70 jemputan hadir yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa, ahli-ahli PWKDKLS dan orang awam. Selesai Solat Tasbih, sesi tazkirah menyusul disamping hadirin beramah mesra bersama penceramah undangan.
Rasulullah SAW bersabda: “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali.” ( HR. Abu Daud dan Ibnu Majah )
DATO DR. FATMA EL-ZAHARAA MENYAMPAIKAN TAZKIRAH
![]() |
No comments:
Post a Comment