Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Sempena bulan Ramadhan 1434H, PWKDKLS berbesar hati telah menghulurkan bantuan Hari Raya Aidilfitri kepada penduduk Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Bantuan dihulurkan kepada 125 penduduk miskin tegar, ibu-ibu tunggal juga kanak-kanak kurang upaya, bagi meringankan sedikit sebanyak beban mereka.
Sumbangan berupa wang tunai daripada para dermawan, Ahli Jawatankuasa juga ahli-ahli PWKDKLS. Sejumlah hamper tajaan Yang Berbahagia Dato’ Syed Mansor dari ADABI serta beras sumbangan Zaiton Industries turut diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Turut hadir menyerikan majlis sumbangan hari raya ini, isteri Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah iaitu Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Norzieta Zakaria, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Daerah Sungai Petani Yang Berusaha Dato’ Ismail dan Yang Berbahagia Datin Adawiyah.
 |
KETIBAAN Y.A.B DATIN PADUKA NORZIETA ZAKARIA |
 |
BERGAMBAR BERSAMA SEGELINTIR AHLI-AHLI PWKDKLS |
 |
SUMBANGAN ADABI |
 |
ANTARA PENERIMA SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI |
 |
DERMAWAN YANG TURUT SAMA HADIR |
 |
ANTARA KANAK-KANAK KURANG UPAYA YANG MENERIMA SUMBANGAN |
 |
ANTARA AHLI-AHLI YANG MENJALANKAN TUGAS |
SAGUHATI DARI MAJLIS PERBANDARAN DAERAH SUNGAI PETANI UNTUK Y.A.B. DATIN PADUKA
 |
SAGUHATI DARI PWKDKLS UNTUK Y.A.B. DATIN PADUKA |
 |
SAGUHATI DARI PWKDKLS UNTUK Y.BERUSAHA DATO' ISMAIL |
 |
BERAS SUMBANGAN ZAITON INDUSTRIES |
No comments:
Post a Comment