Friday, 8 November 2013

AKTIVITI TAHUNAN 2013 : KACAU BUBUR ASYURA

Assalmualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada 8hb November 2013 bertempat di perkarangan ibu pejabat PWKKLS ahli-ahli jawatankuasa termasuk ahli-ahli PWKKLS mengadakan aktiviti tahunan mengacau bubur asyura untuk disedekahkan. Yang istimewanya Bubur Asyura ini, resipi yang digunakan adalah resipi tradisi ramuan Bubur Asyura Kedah.

Bermula pada jam 10pagi dan diikuti dengan makan tengah hari. Berbagai hindangan tengah hari yang dimasak sendiri oleh ahli-ahli PWKKLS termasuk Pengerusi PWKKLS sendiri. Suasana meriah dan semangat gotong-royong dapat dirasai sebaik sahaja melangkah masuk ke perkarangan ibu pejabat.. Suasana dipenuhi gelak tawa dan jenaka dari perkarangan berlanjutan sehingga ke dapur.. Terpampar diwajah-wajah yang hadir kemesraan berkerjasama bersama..

Semoga keakraban antara kami terus terjalin..
















Friday, 1 November 2013

PENGUMUMAN : CERAMAH USTAZ KAZIM ELIAS

 
 
Assalmualaikum dan Salam Sejahtera,
 
PENGUMUMAN: PWKDKLS bersama-sama Masjid Umar AL-Khattab, akan menganjurkan Ceramah yang bakal disampaikan oleh penceramah tersohor Ustaz Kazim Elias. Majlis ini diadakan sempena menyambut Awal Muharam. Majlis tersebut adalah terbuka kepada semua muslimin dan muslimat. Dan TIADA bayaran yang akan dikenakan, cuma keberkatan yang diharapkan. Datang beramai-ramai dan rebutlah peluang untuk beramah mesra bersama Ustaz Kazim Elias. Majlis akan diadakan pada 10hb November 2013, di Masjid Umar Al-Khattab, Bukit Damansara pada jam 2.00ptg. DATANGLAH BERAMAI-RAMAI!!
 
 
FLYERS JEMPUTAN 

SEPETANG BERSAMA DATO' MUKHRIZ TUN MAHATHIR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
 
Pada 31hb Oktober 2013, Anak-anak Darul Aman Malaysia (ADAM) telah menjemput PWKDKLS untuk sama-sama menghadiri acara yang dianjurkan ADAM iaitu "Sepetang Bersama YAB Menteri Besar Kedah Dato' Mukhriz Tun Mahathir. Majlis yang diadakan hanya untuk beramah mesra bersama Menteri Besar Kedah, dasn juga ingin mengukuhkan jalinan antara ADAM dan Menteri Besar Kedah. Secara langsung pihak ADAM mengadakan perbincanga dan soal jawab antara ahli-ahli atau pihak awan untuk bertanya lebih lanjut tentang ADAM.

Pihak ADAM juga telah menjemput Pengerusi PWKDKLS iaitu Datin Wira Azizah dalam memberi keterangan tentang kewujudan, misi dan visi tentang PWKDKLS. Pihak PWKDKLS berasa sangat berbesar hati pihak ADAM sudi menjemput kami dan memberi peluang kepada kami untuk sama-sama menghadiri majlis tersebut.



 
 
ANTARA AJK PWKDKLS YANG HADIR
 

PENGERUSI ADAM BERSAMA MB KEDAH
 

EN FARIDZOL MEMBERI KATA2 ALUAN
 
 
YAB DATO'MUKHRIZ TUN MAHATHIR

 
 
 

 
 
 
 
 

PENGUMUMAN : KACAU BUBUR ASYURA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pada semua Ahli-ahli PWKDKLS

Pengumuman untuk semua ahli-ahli jawatankuasa dan ahli-ahli PWKDKLS, aktiviti kacau bubur asyura beramai-ramai di perkarangan ibu pejabat yang beralamat di No3, Jalan Setiabakti 5, Bukit Damansara, 50490, Kuala Lumpur. Pada 8hb November 2013. Bermula pada pukul 10.30pagi. Jangan lupa bawa apron ya.

AKTIVITI TAHUNAN 2013: HI-TEA "SEPETANG DI CHOW KIT ROAD"

Assalmualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Pada 27hb Oktober 2013 yang lalu PWKDKLS telah berjaya mengadakan Hi-Tea di the Regency Hotel Jalan Alang. Hi-Tea yang berkonsepkan free and easy bermula pada pukul 2.30ptg. Tujuan Hi-Tea ini diadakan adalah untuk mengumpul dana dalam menganjurkan ceramah Ustaz Kazim Alias pada 10hb November 2013 yang akan datang. Disamping mengumpul dana kami berhibur dengan gelagat Ifa Raziah yang selaku sebagai pengacara pada hari tersebut sesungguhnya mencuit hati, tiada seminit berlalu tanpa tawa dari tetamu tetamu yang hadir. Disamping itu majlis kami diserikan lagi dengan kehadiran artis anak kelahiran jati Kedah iaitu Puan Kartina Aziz dan rakan-rakan.
Aktiviti semasa majlis seperti "Ratu Free & Easy", "Meja Bertuah" dan "Hadiah Bonanza" ada dijalankan. PWKDKLS juga ttelah menyediakan beberapa kiosk untuk para perniaga untuk menjual barangan dan mempromosikan produk masing-masing.
 
Orang kata "Sambil Menyelam Minum Air". Disamping mengadakan Hi-Tea kami telah menjemput Encik Faridzol iaitu Pengerusi Anak-anak Darul Aman Malaysia (ADAM) iaitu sebuah persatuan anak-anak Kedah di Lembah Klang. Beliau telah memberikan sedikit penerangan tentang penubuhan ADAM, misi dan visi ADAM serta aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Tetapi, ADAM tidak bermaksud hanya lelaki sahaja, ia terbuka kepada semua anak-anak Kedah. Wakil dari ADAM iaitu Lan Pet-Pet dan Zul Yahya turut hadir dalam memeriahkan lagi majlis tersebut.
 
Kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para tetamu yang hadir. Dan juga pihak ADAM yang turut hadir.
 
*PEMBERITAHUAN AKTIVITI AKAN DATANG: Ceramah Ustaz Kazim Elias di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.

 
 
 
DEWAN YANG BERKONSEPKAN FREE & EASY
 
 
 
 

 

 

ANTARA GERAI JUALAN YANG MENJUAL
 
2 DARIPADA HADIAH BONANZA
 
UCAPAN ALU-ALUAN DARI PUAN PENGERUSI
 
ANTARA VIP YANG HADIR
 
 

 
 
 

IFA RAZIAH BERAMAH MESRA BERSAMA TETAMU

PEMENANG TEMPAT PERTAMA RATU FREE & EASY






 
 PEMENANG TEMPAT KEDUA RATU FREE & EASY




 


















PEMENANG TEMPAT KETIGA RATU FREE & EASY























 
 
 
 
PEMENANG-PEMENANG CABUTAN HADIAH BONANZA

EN FARIDZOL PENGERUSI ADAM
 
 





 
 
 
SiCANTIK MANIS IFA RAZIAH SEBAGAI PENGACARA MAJLIS 



RUGI TAK MAI!!!!!!