Friday, 8 November 2013

AKTIVITI TAHUNAN 2013 : KACAU BUBUR ASYURA

Assalmualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada 8hb November 2013 bertempat di perkarangan ibu pejabat PWKKLS ahli-ahli jawatankuasa termasuk ahli-ahli PWKKLS mengadakan aktiviti tahunan mengacau bubur asyura untuk disedekahkan. Yang istimewanya Bubur Asyura ini, resipi yang digunakan adalah resipi tradisi ramuan Bubur Asyura Kedah.

Bermula pada jam 10pagi dan diikuti dengan makan tengah hari. Berbagai hindangan tengah hari yang dimasak sendiri oleh ahli-ahli PWKKLS termasuk Pengerusi PWKKLS sendiri. Suasana meriah dan semangat gotong-royong dapat dirasai sebaik sahaja melangkah masuk ke perkarangan ibu pejabat.. Suasana dipenuhi gelak tawa dan jenaka dari perkarangan berlanjutan sehingga ke dapur.. Terpampar diwajah-wajah yang hadir kemesraan berkerjasama bersama..

Semoga keakraban antara kami terus terjalin..
















No comments:

Post a Comment