Friday, 1 November 2013

AKTIVITI TAHUNAN 2013: HI-TEA "SEPETANG DI CHOW KIT ROAD"

Assalmualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Pada 27hb Oktober 2013 yang lalu PWKDKLS telah berjaya mengadakan Hi-Tea di the Regency Hotel Jalan Alang. Hi-Tea yang berkonsepkan free and easy bermula pada pukul 2.30ptg. Tujuan Hi-Tea ini diadakan adalah untuk mengumpul dana dalam menganjurkan ceramah Ustaz Kazim Alias pada 10hb November 2013 yang akan datang. Disamping mengumpul dana kami berhibur dengan gelagat Ifa Raziah yang selaku sebagai pengacara pada hari tersebut sesungguhnya mencuit hati, tiada seminit berlalu tanpa tawa dari tetamu tetamu yang hadir. Disamping itu majlis kami diserikan lagi dengan kehadiran artis anak kelahiran jati Kedah iaitu Puan Kartina Aziz dan rakan-rakan.
Aktiviti semasa majlis seperti "Ratu Free & Easy", "Meja Bertuah" dan "Hadiah Bonanza" ada dijalankan. PWKDKLS juga ttelah menyediakan beberapa kiosk untuk para perniaga untuk menjual barangan dan mempromosikan produk masing-masing.
 
Orang kata "Sambil Menyelam Minum Air". Disamping mengadakan Hi-Tea kami telah menjemput Encik Faridzol iaitu Pengerusi Anak-anak Darul Aman Malaysia (ADAM) iaitu sebuah persatuan anak-anak Kedah di Lembah Klang. Beliau telah memberikan sedikit penerangan tentang penubuhan ADAM, misi dan visi ADAM serta aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Tetapi, ADAM tidak bermaksud hanya lelaki sahaja, ia terbuka kepada semua anak-anak Kedah. Wakil dari ADAM iaitu Lan Pet-Pet dan Zul Yahya turut hadir dalam memeriahkan lagi majlis tersebut.
 
Kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para tetamu yang hadir. Dan juga pihak ADAM yang turut hadir.
 
*PEMBERITAHUAN AKTIVITI AKAN DATANG: Ceramah Ustaz Kazim Elias di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.

 
 
 
DEWAN YANG BERKONSEPKAN FREE & EASY
 
 
 
 

 

 

ANTARA GERAI JUALAN YANG MENJUAL
 
2 DARIPADA HADIAH BONANZA
 
UCAPAN ALU-ALUAN DARI PUAN PENGERUSI
 
ANTARA VIP YANG HADIR
 
 

 
 
 

IFA RAZIAH BERAMAH MESRA BERSAMA TETAMU

PEMENANG TEMPAT PERTAMA RATU FREE & EASY






 
 PEMENANG TEMPAT KEDUA RATU FREE & EASY




 


















PEMENANG TEMPAT KETIGA RATU FREE & EASY























 
 
 
 
PEMENANG-PEMENANG CABUTAN HADIAH BONANZA

EN FARIDZOL PENGERUSI ADAM
 
 





 
 
 
SiCANTIK MANIS IFA RAZIAH SEBAGAI PENGACARA MAJLIS 



RUGI TAK MAI!!!!!!
 
 
 
 



 

No comments:

Post a Comment